Saturday, April 23, 2011

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong

Copy dari laporan yang tengah nak di siapkan ni....


Suatu ketika dahulu, sekolah yang paling hamper dengan Kampung Sungai Pelong terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu kira-kira sejauh 28km. Impian anak-anak kampung untik bersekolah tidak mungkin akan tercapai memandangkan kedudukan sekolah yang jauh dari tempat kediaman. Pada waktu itu penduduk Sungai Pelong hanyalah terdiri daripada petani dan penoreh getah. Hanya anak-anak orang kaya yang berada sahaja mampu bersekolah.
Atas kesedaran yang timbul, penduduk kampung telah pun bermesyuarat dan berpakat untuk mendirikan sebuah sekolah. Oleh itu dengan kerjasama penduduk kampung, terbinalah sebuah sekolah di atas sebuah bukit berhampiran kebun getah dan hutan kecil yang telah ditebas dan ditebang bersama.
9 April 1927 merupakan detik bersejarah bagi pennduduk Kampung Sungai Pelong bersekolah ditempat sendiri. Seramai 32 orang anak tempatan dalam lingkungan umur darjah 1 hingga darjah 3 telah bersekolah di sini. Seorang guru telah ditempatkan untuk mentadbir sekolah ini buat pertama kalinya. Kepercayaan pendududk terhadap guru telah bertambah dan dapat dilihat melalui pertambahan bilangan murid.
Hingga tahun 1931, sekolah ini telah ditadbir oleh 3 orang guru besar. Pada ketika itu kerajaan telah menyedari tentang perlunya membina bangunan tambahan untuk menampung pertambahan murid, sebuah bangunan yang beratap nipah dan mempunyai 3 bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1934. Pentadbiran sekolah telah berjalan lancer sehinggalah meletusnya perang dunia ke-2 pada 1942.
Pendidikan secara formal bermula setelah British kembali memerintah. Pada waktu itu, jumlah pelajar seramai 150 orang. Pada tahun 1952, sebuah bangunan separuh kayu dan separuh baru telah dibina bagi menampung seramai 228 orang murid. Pertambahan murid jelas kelihatan. Pada tahun 1956, jumlah murid mencapai 304 orang.
Pentadbiran sekolah ini telah bertukar tangan dari seorang guru besar kepada guru besar yang lain. Pada tahun 1992, perkembangan sekolah agak statik memandangkan taraf sekolah sebagai sekolah kampung. Pada tahun 1970 jumlah murid ialah seramai 400 orang. Jabatan Pelajaran telah menghantar seorang pembantu pejabat untuk membantu guru besar dalam pengurusan pejabat. Pada tahun yang sama sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred B.
Sebuah bangunan 2 tingkat untuk 6 bilik darjah dan pejabat telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1976 menampung seramai 550 orang murid. Perasmian telah dilaksanakan oleh yang berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Murad B Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada waktu itu.
Pada tahun 1982, dua sesi iaitu pagi dan petang telah dijalankan. Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A pada tahun 1986 diantara hasil sumbangan yang diterima ialah tempat basikal, taman bacaan dan rekreasi. Pada tahun 1995 sekolah ini mempunyai murid seramai 1500 orang.
Pada tahun 2004 sekolah ini ditadbir oleh Puan Siti Sarbanon Binti Mohamad Amin dengan bilangan guru seramai 99 orang dan bilangan murid seramai 2307 orang. Pada tahun 2007 sekolah ini telah mendapat bangunan 2 bilik makmal komputer(belum beroperasi) dan 2 bilik darjah prasekolah yang mula beroperasi pada tahun 2008.

2 comments:

  1. Dh bnyk perubahan di sekolah ni,merasa la sy duduk di kelas bangunan Kayu & bangunan baru (1991-1996)..skrg anak sy pula yg bersekolah di sini..

    ReplyDelete
  2. SEKOLAH INI PERNAH GEMILANG DENGAN PENCAPAIAN SEKOLAH TERBERSIH SULURUH SELANGOR. TAPI SELEPAS ITU TIADA LAGI KERANA KRITIKAN PARA IBU BAPA YANG MENGANGGAP ANAK-ANAK MEREKA TELAH 'DIJADIKAN KULI' SEBAGAI PENGUTIP SAMPAH. PADAHAL ITU BUKAN MASALAH UTAMANYA. CIKGU PADA KETIKA ITU MENDIDIK ANAK-ANAK UNTUK MENJADI DISIPLIN DALAM SOAL KEBERSIHAN. IA TELAH MENDIDIK ANAK-ANAK SUPAYA JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA, IA MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK, JAGA TINGKAH LAKU SUPAYA TIDAK MEMBUANG SAMPAH. YANG MEMBUANG SAMPAH IALAH ANAK MURID ITU SENDIRI BUKAN SI TUKANG KEBUN, SECARA TAK LANGSUNG MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHORMATI ORANG TUA. DAN....SAYA SALAH SEORANG ANAK YANG MENGUTIP SAMPAH SETIAP PAGI SUDAH TERDIDIK UNTUK TIDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA, TIDAK SEPERTI ANAK-ANAK SEKARANG....

    ReplyDelete